Posted by: Suryati Md.Yasin in

Dizaman nabi Musa a.s terdapat seorang hartawan dari kaum baginda.Dia adalah Qarun. Dia diuji Allah dengan kekayaan yang melimpah–ruah sehingga penjaga kuncinya tidak terdaya memikul kunci-kunci peti khazanahnya. Ini telah digambarkan oleh Allah dalam firman-Nya surah al-Qasas ayat 76
إِنَّ قَرُوْنَ كَانَ مِنْ قَوْمِ مُوْسَى فَبَغَى عَلَيْهِمْ وَءاَتَيْنَهُ مِنَ الْكُنُوْز مآإِنَّ مَفَاتِحهُ لَتَنُوأُ بِالْعُصْبَةِ أُولِىالْقُوَّةَِ
Maksudnya:Sesungguhnya Qarun adalah dari kaum nabi Musa kemudian dia aniaya kepada bangsanya.Telah kami berikan kepadanya dari berbagai jenis kekayaan sehingga anak-anak kunci gudangnya amat berat dipikul oleh sebilangan orang yang kuat sasa.

Qarun sombongnya tiada tandingan,
Nafsu serakah tiada tepian,
Ingin menambah harta kekayaan,
Nasihat dan peringatan tidak dihiraukan.
Rakan Qarun menasihatinya,“Tuan, janganlah tuan terlalu gembira benar dan bersuka ria serta sombong kerana kekayaan tuan itu. Sepatutnya tuan bersyukur atas pemberian Allah ini dengan membelanjakannya pada jalan Allah. Bukankah ramai fakir miskin dinegeri kita ini!”.Itulah antara butir-butir nasihat rakan-rakan Qarun yang diceritakan oleh Allah dalam firmannya surah al-Qasas ayat 76-77.Pengajaran: Sifat angkuh, sombong dan takbur adalah sifat yang tidak layak bagi manusia, kerana manusia adalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan Allah.

Qarun merasakan bahawa segala kekayaan yang diperolehinya itu bukanlah dari Allah atau sesiapa jua. Ia adalah dari ilmu yang ada padanya dan jerih-perih usaha yang dilakukannya sendiri. Semua itu adalah miliknya. Maka dia berhak menentukan samada ingin mengagihkan harta tersebut atau tidak.

Qarun dengan megah dan bongkaknya menepis segala nasihat yang diberikan oleh rakan-rakannya seperti firman Allah:
إِنَّمَآ أْوْتِيْتُهُ عَلَى عِلْمٍ عِنْدِى
Maksudnya: “Aku diberikan harta kekayaan ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku”.
"Hoi hoi ya hoi. Hoi hoi ya hoi aku sungguh gembira. Ho ho hoi ya aku orang kaya,.Wang berjuta… intan permata… hidupku mewah…wang berjuta. Ha ha ha. Hoi orang kampung sekalian! Akulah hartawan terkaya. Kalian mahu wang?. Oh, tidak! Ini adalah hasil kepandaian yang ada padaku huahhaahhh", Qarun ketawa berdekah-dekah.Pengajaran: Kejayaan seseorang itu pada asasnya adalah pemberian Allah. Usaha dan kepandaian hanyalah sebagai jalan ke arah kejayaan.
Akhirnya, suatu hari dia didatangi nabi Musa a.s.Nabi Musa utusan Allah,menyeru kebaikkan,langkahnya kemas penuh semangat,akhlaknya lembut sungguh memikat,tutur katanya lembut berhikmah,nabi Musa memulakan wadahnya.
"Wahai Qarun hartawan ternama, sesunnguhnya Allah telah mewahyukan perintah berzakat bagi tiap-tiap orang kaya”.Qarun menjawab, “Zakat?..Oh tidak! Ini hasil titik peluhku. Sewenang-wenang mereka ingin mengambil hartaku. Hai, Musa!.Aku telah membantu dan menyokong dalam dakwahmu kepada agama baru”.

Dengan sabar nabi Musa menerangkan bahawa setiap kekayaan itu ada bahagian orang lain yang telah ditentukan Allah iaitu orang-orang yang fakir miskin yang wajib diserahkan kepada mereka.“Mungkin Engkau ingin menguasai kekayaanku. Untuk satu permintaanmu ini tidak akan aku turuti. Engkau ingin mengambil hakku”, kata Qarun lagi dengan angkuhnya.

Tuduhan itu ditolak oleh nabi Musa dengan menegaskan perintah wajib berzakat. Setelah rasa ada kekalahan dalam perdebatan dengan nabi Musa akhirnya, Qarun menyerah lalu pulang untuk mengira bahagian kekayaan yang harus dizakatkan.“10…20…keeping emas…30….huh…banyaknya wang yang harus aku keluarkan…oo…tidak..tidak.Walau apapun terjadi aku tidak akan mengeluarkan zakat..”, ujar Qarun sambil mengira-ngira wangnya.Pengajaran: Seperti kata Ulama Yahya bin Muaz ar-Razi, “Mencari dunia itu merupakan kehinaan bagi diri. Mencari akhirat itu kemulian bagi diri. Maka, alangkah menghairankan, orang yang memilih kehinaan kerana mencari sesuatu yang akan lenyap, dan meninggalkan kemuliaan mencari sesuatu yang kekal”.
Fitnah disebar cerita dijaja,
Dakwah Musa helah semata,
Zakat adalah rampasan harta,
Oleh Musa terhadap pengikutnya.
Lebih dasyat lagi Qarun telah berpakat dengan seorang wanita agar mengaku dikhalayak ramai, bahawa dia telah berzina dengan nabi Musa. Namun Allah Maha Mengetahui lalu digerakkah hati wanita tersebut agar menerangkan perihal yang sebenar.
“Wahai penduduk semua, sesungguhnya nabi Musa tidak bersalah. Cerita aku berzina itu hanyalah rekaan Qarun. Dia Cuma ingin menarik perhatian kalian agar membenci Musa dan tidak mengendahkan kewajipan berzakat”. “Tidak,wanita itu berbohong!. Kamu jangan percaya pada katanya”,jerit Qarun menafikannya.Pengajaran: Sesungguhnya kemenangan akan berpihak pada yang benar.
Oleh kerana usaha Qarun yang tidak pernah puas melontar tuduhan dan mereka fitnah, maka hilanglah kesabaran nabi Musa lalu baginda berdoalah kepada Allah supaya diturunkan azab agar menjadi pengajaran kepada kaumnya yang sudah mula goyah iman dek disebabkan perasaan iri hati dan hasad dengki terhadap kemewahan Qarun.Lalu Allah pun mengeluarkan perintah “kun fayakun”, maka terjadilah tanah runtuh yang amat dasyat menenggelamkan gedung-gedung mewah Qarun dan mahligai tempat tinggalnya. Akhirnya tertimbuslah segala harta kekayaan yang dimegah-megahkan. Ini telah difirmankan oleh Allah dalam surah al-Qasas ayat 81.
Melihat azab Allah itu, orang-orang yang pada satu masa dahulu bercita-cita menginginkan kekayaan seperti Qarun mulai sedar dan insaf sambil berkata sebagaimana firman Allah dalam surah al-Qasas ayat 82.Pengajaran:Sesuatu yang pada zahirnya dilihat tidak baik, mungkin sebaliknya mengandungi hikmah yang besar iaitu Allah akan menurunkan azab kepada masyarakat yang tidak bersyukur lagi kufur.

This entry was posted on Tuesday, March 24, 2009 and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments

Post a Comment