Laporan Majlis Sambutan Maulidurrasul dan Majlis Tilawah al-Qur’an 2009  

Posted by: Suryati Md.Yasin in



Pada 2 April 2009, bertempat di dewan Ungku Umar Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Dato’ Razali Ismail Kuala Terengganu telah diadakan majlis sambutan maulidurrasul dan majlis tilawah al-Qur’an 2009 (MTQ) peringkat SK MPKT. Majlis yang buat julung kalinya diadakan serentak itu melibatkan penyertaan semua warga SK MPKT. Seperti tahun-tahun sebelumnya, majlis ini dimulakan pada pukul 8.00 pagi dengan perarakan yang melibatkan pembawaan sepanduk dan iringan selawat.

Selepas itu, murid-murid berkumpul di dewan untuk memberi sokongan kepada rakan-rakan mereka di dalam pertandingan yang diadakan seperti tilawah al-Qur’an, dan bercerita kisah-kisah nabi dalam al-Qur’an. Bagi pertandingan azan dan hafazan telah diadakan sehari lebih awal di bilik j-QAF SK MPKT. Majlis berhenti berehat pada pukul 10.30 pagi dan disambung semula pada pukul 11.30 pagi dengan pertandingan mewarna maulidurrasul selama satu jam. Majlis berakhir jam 12.30. Hadiah-hadiah para pemenang telah disampaikan pada hari berikutnya iaitu pada hari isnin 6 April 2009.

Secara keseluruhannya majlis berjalan lancar. Murid-murid menunjukkan peningkatan bakat dalam bercerita, mewarna dan azan. Bagi tilawah, murid-murid masih lemah dalam penguasaan taranum.

1) Tindakan-tindakan pra atau sebelum mesyuarat.  

Posted by: Suryati Md.Yasin in

PENDAHULUAN


Mesyuarat ialah pertemuan ramai secara bersemuka dikalangan ahli sesebuah organisasi yang mana berlakunya perbincangan, perkongsian idea, penyelesaian masalah, mencapai satu keputusan dan mengetahui serta membincangkan perancangan-perancangan yang akan dilaksanakan.


Mesyuarat diadakan untuk memenuhi peraturan dan unhdang-undang tetap sesebuah organisasi yang berkehendakkan kepada mesyuarat. Melalui mesyuarat, sesuatu rancangan pengurusan dan pentadbiran organisasi dapat digerakkan dengan lancar. Selain itu, segala kegiatan orrganisasi dapat diselaraskan dan perancangan yang dirancangkan dipastikan dilaksanakan secara berkesan dan berjaya. Mensyuarat juga merupakan salah satu method untuk berkongsi idea, menyebarkan maklumat, ilmu dan kemahiran, selain mendapatkan nasihat, pandangann, pendapat dan melaluinya sesuatu konflik, pertikaian, krisis dapat diselesaikan dan ditangani dengan baik. Prestasi dan kegiatan sesebuah organisasi itu boleh dinilai dan dikawal dari semasa ke semasa melalui mesyuarat yang melibatkan laporan-laporan daripada ahli-ahli organisasi.


Namun semua ini boleh dicapai dengan jayanya sekiranya mesyuarat yang dikendalikan berjalan lancar dan efektif. Untuk itu satu garis penduan pengurusan mesyuarat dan urusan jawatankuasa-jawatankuasa kerajaan telah dikeluarkan dalam Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bilangan 2 Tahun 1991 yang telah menetapkan tindakan-tindakan dan norma-norma kerja yang harus dilaksanakan bagi tujuan menjayakan sesuatu mesyuarat dan urusan yang melibatkan jawatankuasa-jawatankuasa kerajaan.



TINDAKAN-TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL OLEH URUS SETIA MESYUARAT


Satu urus setia akan dilantik untuk memastikan kebekersanan sesebuah jawatankuasa yang bertanggunjawab merancang mesyuarat, mengaturnya, mengedarkan jemputan, menyediakan minit mesyuarat dan membuat tindakan susulan ke atsa keputusan jawatankuasa. Berdasarkan PKPA bilangan 2 Tahun 1991, tanggungjawab urus setia bolehlah dikelaskan kepada tiga peringkat iaitu 1) Tindakan-tindakan pra mesyuarat, 2) Tindakan-tindakan semasa menyuarat, dan 3) Tindakan-tindakan selepas mesyuarat.

1) Tindakan-tindakan pra atau sebelum mesyuarat.


1.1 Menetapkan tarikh, masa, tempat dan agenda meyusuarat.
Urus setia perlulah berbincang dengan pengerusi untuk menentukan tarikh, masa, tempat yang sesuai untuk diadakan menyuarat disamping isi dan kandungan agenda yang hendak dibincangkan. Urusetia perlu menyatakan dengan jelas, ringkas dan padat berkaitan dengan perkataan, data dan maklumat yang ada dalam butiran agenda. Perkara-perkara yang perlu ada dan disusun di dalam agenda mesyuarat ialah perutusan pengerusi, pengesahan minit meesyuarat yang lalu, perkara-perkara berbangkit, pembentangan kertas-kertas kerja, hal-hal lain dan penutup. Peruntukan masa juga perlu dirancangkan agar setiap ahli dapat bersuara dengan adil mengenai agenda-agenda yang etlah ditetapkan.


1.2 Membuat tempahan bilik mesyuarat
Tempahan bilik mesyuarat hendaklah dilakukan secara bertulis. Pegawai yang bertanggungjawab menerima tempahan hendaklah diberikan senarai nama ahli jawatankuasa yang terlibat, nama pengerusi dan setiausaha mesyuarat, butiran tarikh, masa bermula dan jangkaan tamatnya mesyuarat, segala peralatan dan jenis makan dan minuman ringan yang diperlukan.


1.3 Menentukan kertas kerja kementerian/ Jabatan/ Agensi disediakan untuk perbincangan.
Urusetia perlu memberitahu dan mengingatkan pegawai yang bertanggungjawab menyediakan kertas kerja mengenai bilangan salinan kertas kerja yang diperlukan, dan jika kertas kerja melebihi 15 muka surat tidak termasuk lempiran, maka hendaklah disediakan ringkasan eksekutif. Urusetia hendaklah menentukan dan memastikan kertas kerja tersebut (kertas kerja yang akan dibentangkan di dalam mesyuarat) diterima sekurang-kurangnya 15 hari sebelum berlangsungnya mesyuarat.

1.4 Menghantar surat jemputan mesyuarat.
Tugas penting lain bagi urus setia ialah menyediakan dan menghantar notis atau surat jemputan bersama dokumen-dokumen berkenaan kepada mereka yang disenaraikan hadir ke mensyuarat sekurang-kurangnya 10 hari sebelum mesyuarat.
Maklumat-maklumat asas yang perlu ada bersama surat jemputan tersebut ialah nama jawatankuasa, tarikh, tempat dan masa bermula dan dijangka tamat mesyuarat etrsebut, agenda mesyuarat, nama pengerusi dan jenis pakaian yang perlu dipakai ketika hadir ke mesyuarat.Urusetia perlu menyatakan samada ahli-ahli mesyuarat bopleh menghantar wakil bagi pihak mereka atau tidak. Kebenaran menghantar wakil perlu dinyatakan bersama jawatan wakil tersebut .


1.5 Memastikan Persedian kemudahan-kemudahan bilik mesyuarat.
Bilik mesyuarat hendaklah dipastikan bersih, kemas, tempat duduk mencukupi dan mengikut pelan mesyuarat. Seeloknya diletakkan tanda-tanda nama pengerusi dan ahli-ahli mesyuarat di atas meja disamping alat-alat tulis. Pastikan alat-alat yang diperlukan disediakan serta mencukupi dan alat-alat sepeti pembesar suara, LCD dan projekter (jika diperlukan) dapat berfungsi dan digunakan dengan sempurna. Urusetia juga hendaklah memastikan semua tempahan jenis minuman ringan telah dibuat. Semua perkara di atas perlu disediakan sekurang-kurangnya 1 jam sebelum bermulanya mesyuarat.

1.6 Menentukan kehadiran
Dua hari sebelum mesyuarat seharsunya urus setia telah dapat memastikan dan menyediakan senarai nama ahli-ahli yang akan hadir ke mesyuarat.


1.7 Perbincangan pra-mesyuarat
Norma keraja yang baik ialah satu perbincangan etlah diadakan antara pengerusi dan urusetia mesyuarat sekurang-kurangnya dua hari sebelum mesyuarat. Perbincanagn bertujuan untuk meneliti maklumbalas yang diterima dan mengenalpasti cara penyelesaian terhadap segala masalah yang timbul.


1.8 Memberitahu ahli-ahli mesyuarat tentang etika mesyuarat.
Sebaik-baiknya ahli-ahli diperingatkan tentang etika ketika bermesyuarat antaranya cara-cara memberi penghormatan (address) kepada pengerusi dalam mesyuarat, menepati maa mesyuarat, dan meminta izin pengerusi atau setiausaha mesyuarat jika berhajat meninggalkan mesyuarat.


PENUTUP
Kesimpulannya, mesyuarat dibahagikan kepada tiga peringkat yang meliputi tindakan-tindakan pra, semasa dan sebelum mesyuarat. PKPA yang disediakan diharapkan dapat membantu dan menjamin kebekersanan urusetia dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan kepada sesebuah jawatankuasa.


Mesyuarat-mesyuarat yang baik perlu mengikut keperluan semasa, mempunyai agenda yang jelas, ringkas dan tepat, tidak perlu mengambil masa yang meleret-leret, minit telah disediakan dengan segera, persiapan awal yang rapi, kemudahan bilik yang selesa dan pencatat minit seeloknya orang yang mempunyai pengalaman.


RUJUKAN
1. Nota Persediaan dan Latihan, Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia.

2. Penasihat undang-undang MDC, Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam, (KL: MDC Publisher SDN.BHD., 2003).

3. Omardin Ashaari, Pengurusan Pejabat, (KL: Utusan Publications and Distributors Sdn, Bhd, 2002).

4. Omardin Ashaari, Siri Pengajian dan Pendidikan Utusan, Pengurusan Sekolah Suatu Panduan Lengkap, (KL: Utusan Publications and Distributors Sdn, Bhd, 1997).

CARA-CARA YANG SAYA GUNAKAN DALAM MENINGKATKAN CIRI-CIRI POSITIF TERHADAP MURID-MURID SAYA YANG BERPERSONALITI EKSTROVERT DAN INTROVERT  

Posted by: Suryati Md.Yasin in

Di sekolah, kesemua murid saya mempunyai personalitii ekstrovert dan introvert. Cuma yang membezakannya, kecenderungan salah satu personaliti ini menjadi dominan dalam diri murid-murid. Murid-murid yang cenderung kepada personaliti ekstrovert ini lebiih ramai berbanding dengan murid-murid yang cenderung kepada personaliti introvert

Murid-murid yang bersifat ekstrovert.
Saya dapati murid-murid yang bersifat ekstrovert ini lebih aktif dan sukakan perhubungan dengan dunia luar. Selain itu mereka merupakan Individu yang berkeinginan mencuba semua perkara terutamanya yang berkaitan dengan sesuatu yang berada di luar dirinya,tidak mudah malu, pertuturan lancar, bebas dari risau, berminat dalam sukan, peramah dan suka membuat kerja dalam kumpulan. Itu antara sikap-sikap yang positif dalam diri mereka.. Namun ada ciri-ciri negatif yang ada pada murid-murid sebegini iaitu mereka tidak boleh diharapkan dalam melaksanakan tugas yang diberi dan seorang yang cuai.

Untuk meningkatkan ciri-ciri positif dalam diri murid-murid yang cenderung kepada persoanliti ini beberapa cara telah saya gunakan dalam pengajaran dan pembelajaran saya. Oleh kerana murid ektrovert suka mencuba sesuatu yang baru dan suka untuk tahu sesuatu maka saya telah gunakan teknik innkuiri dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh saya telah memberikan soalan mengenai mengapa dan bagaimana sesuatu itu berlaku dan memberikan mereka bahan untuk membuat kajian.
Kadangkala pengajaran dan pembelajaran saya laksanakan di luar bilik darjah. Murid-murid ektrovert ini lebih aktif dan tidak boleh duduk diam. Untuk itu saya banyakkan aktiviti yang lebih memerlukan banyak pergerakkan kepada murid-murid ini. Saya telah mengadakan aktiviti lakonan, permainan, mencari harta karun, dan aktiviti sukaneka. Saya ambil satu contoh iaitu saya telah mengadakan aktiviti sukaneka dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Murid-murid ini diminta memancing kepingan ikan yang mewakili suku kata terbuka kemudian berikan kepingan ikan tersebut kepada kawan lalu bentukkan suku kata terbuka tersebut menjadi satu perkataan. Saya dapati murid-murid menjadi semakin aktif dan seronok.
Latihan atau tugasan bagi murid ektrovert ini biasanya diberi untuk dilaksanakan secara berkumpulan. Contohnya saya telah memberi mereka kepingan puzzle yang mewakili huruf jawi. Lalu saya meminta mereka mencantumkan puzzle tersebut agar membentuk huruf jawi yang sempurna. Permainan lain yang melibatkan aktiviti kumpulan ialah permainan keretapi, mencari harta karun dan tol ilmu. Biasanya saya akan melantik ketua kumpulan yang terdiri daripada murid-murid dari personaliti ekstrovert untu meningkatkan lagi keupayaan mereka dalam memimpin.

Murid-murid yang bersifat introvert
Satu pertiga daripada murid-murid saya terdiri daripada mereka yang berpersonaliti introvert. Saya tidak menghadapi masalah dalam mengawal murid-murid ini kerana mereka ini merupakan seseorang individu yang lebih menfokuskan idea-idea dalaman, pasif, pemalu, sensitif, gemar berseorangan, reflektif, cermat sentiasa berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu dan bersedia menanggung risiko. Namun sebagai seorang guru saya tidaka akn membiarkan ciri-ciri positif ini dalam murid-murid seperti ini menjadi kaku atau membiarkan ciri-ciri negatif menguasai murid-murid ini. Pelbagai cara saya gunakan untuk meningkatkan kendiri yang positif dalam diri mereka. Pendekatan yang selalu saya gunakan ialah dengan memberikan motivasi kepada murid-murid yang introvert. Biasanya saya berikan lebih kata-kata pujian dan galakkan agar dapat meningkatkan keyakinan dalam diri mereka.

Kaedah penerangan juga merupakan salah satu cara yang saya gunakan kerana murid-murid introvert ini malu bertanya. Biasanya saya lebih suka pergi berhadapan secara personal dengan murid-murid ini dengan menyelami diri mereka dan memberikan motivasi kepada mereka. Secara berperingkat-peringkat saya melibatkan mereka dengan aktiviti sosail. Sebagai contoh daripada aktiviti individu, saya melaksanakan aktiviti secara berpasangan. Saya akan pastikan murid-murid introvert ini mendapat pasangan yang berbeza pada hari-hari lain. Dengan cara itu mereka akan mengenali kesemua rakan mereka di dalam kelas. Seterusnya menggalakkan mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan. Saya lihat cara ini telah berjaya meningkatkan keyakinan dan kemahiran sosial mereka.

Salah satu cara untuk menggalakkan mereka lebih aktif biasanya saya akan meminta mereka membantu saya. Sebagai contoh, meminta tolong mereka menghantar buku latihan ke bilik guru. Secara fitrah kanak-kanak suka bermain. Maka saya cuba menarik perhatian mereka dengan aktiviti permainan. Mula-mula saya menyelidik terlebih dahulu permainan yang mereka sukai, kemudian mengubah permainan itu menjadi lebih seronok, aktif dan dibuat secara berkumpulan.

Hasil daripada pemerhatian saya murid-murid ini mempunyai nilai estitika dalam diri. Mereka seorang yang cermat, teliti dan sukakan pada seni. Oleh itu saya lebih cenderung memberi mereka tugasan-tugasan yang ada unsur-unsur kesenian seperti mewarna, melukis dan lain-lain. Aktiviti-aktiviti ini biasanya lebih sukar dan memerlukan penelitian yang lebih. Sebagai contoh mewarnakan kalimah-kalimah Iqra’ yang tersembunyi.

Kesemua cara-cara yang saya nyatakan tadi saya lihat telah berjaya dan membantu saya sebanyak 78% dalam meningkatkan ciri-ciri positif dalam diri anak didik saya.

PENGURUSAN FAIL  

Posted by: Suryati Md.Yasin in

PENDAHULUAN


Sistem fail merupakan satu cara, method atau kaedah yang mengandungi proses-proses mengklasifikasi, menyusun, menyimpan dan menyelenggara segala rekod, dokumen atau surat-menyurat di dalam fail dengan tujuan memberi kelancaran dan kelicinan urusan dan pentadbiran sesebuah organisasi termasuklah digunakan disekolah-sekolah.
Walaupun sistem fail digunakan namun masalah-masalah yang sering timbul daripada perlaksanaan tersebut disekolah-sekolah ialah kesukaran mendapatkan fail atau mengambil tempoh masa yang lama untuk mendapatkannya. Selain itu penyimpanannya yang bercelaru dan tidak sitematik serta mendatangkan kesukaran pada kakitangan baru dalam memahami dan menguasai sistem fail tersebut. Ini terjadi disebabkan oleh kelemahan-kelemahan dalam mengklasifikasi, menyusun, menyimpan, dan menyelenggara sesuatu fail itu yang menjadikan ia tidak seragam dan kurang memuaskan. Ini boleh diatasi dengan mengambil kira empat perkara berikut iaitu pengelasan dan pendaftaran, penyelenggaraan, pengedaran, pemeliharaan dan keselamatan fail.
LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMANTAPKAN SISTEM FAIL DISEKOLAH

1.Pengelasan dan pendaftaran fail
Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian apabila membuka fail-fail baru ialah memberi nombor rujukan fail. Sebagai contoh, TBA3103/04/02/001. Mengikut prosedur, kod organisasi diletakkan dihadapan seperti contoh di atas TBA 3103 yang merupakan kod pendaftaran SK Maktab Perguruan Kuala Terengganu. Selepas kod organisasi, ia dituruti pula oleh kod perkara utama iaitu 04 yang mewakili perkara berkaitan dengan gerak kerja ko-kurikulum. Ini diikuti pula kod pecahan kepala atau sub subjek 02 yang merujuk kepada kelab dan persatuan. Manakala 001 yang terdapat di akhir nombor rujukan iaitu merupakan kod pecahan kecil yang terdapat di bawah sub subjek iaitu merujuk kepada fail Kelab Bahasa Melayu. .

Tiap-tiap organisasi itu mempunyai cara berlainan dalam mengelaskan fail mereka mengikut keperluan dan kehendak tersendiri. Secara umumnya, terdapat empat sistem pengelasan fail yang utama iaitu sistem abjad, sistem nombor, sistem perkara dan sistem tempat atau kawasan. Bagi sistem abjad, setiap fail yang dibuka diberi abjad-abjad tertentu yang mengikut huruf awal nama atau tajuk fail seperti huruf K untuk kewangan. Menurut sistem nombor pula, fail-fail yang dibuka diberikan nombor-nombor yang mewakili perkara-perkara tertentu dan ia disusun mengikut nombor tanpa mengikut susunan perkara. Fail-fail yang dibuka mengikut perkara yang ditetapkan ialah menggunakan sistem perkara. Perkara-perkara yang dicatatkan bergantung kepada urusan yang dijalankan oleh sesebuah organisasi. Sebagai contoh, untuk merujuk perkara yang berkaitan dengan pesanan dan pembelian maka fail yang perlu dicari ialah fail yang merujuk kepada perkara kewangan dan akaun. Bagi sistem tempat dan kawasan biasanya fail-fail dikelaskan mengikut tempat dan kawasan. Setiap fail yang dibuka dan akan dibuka haruslah diberi tajuk-tajuk yang bersesuaian, ringkas dan dapat membayangkan isi kandungannya.

2. Penyelenggaraan fail.
Tiga perkara yang perlu dipastikan dalam penyelenggaraan fail iaitu sampul kecil, kertas minit dan penutupan fail. Sampul kecil merupakan fail sementara dan tidak aktif yang digunakan apabila fail asal tidak ditemui. Apabila fail asal telah ditemui fail sementara hendaklah ditutup dan dimasukkan ke dalam fail asal. Kertas minit pula merupakan satu senarai surat yang masuk keluar dengan memberi nombor rujukan yang biasanya diletakkan dihadapan di dalam fail Warna dakwat merah digunakan untuk surat yang masuk manakala untuk surat keluar digunakan dakwat berwarna biru atau hitam. Sesuatu fail yang mengandungi 100 kandungan atau difikirkan terlalu tebal hendaklah ditutup dan dicatatkan dengan jilid I. Fail baru yang dibuka dijilidkan dengan jilid II disamping menggunakan nombor rujukan yang sama. Bagi nombor siri surat dimulakan dengan nombor baru.

3.Pengedaran failSetiap pergerakan fail hendaklah direkodkan dan melalui bahagian pendaftaran fail atau pembantu tadbir yang mengendalikan fail. Ia bertujuan supaya fail tersebut tidak hilang dan mudah didapati apabila diperlukan. Biasanya ia mengandungi maklumat tarikh, nama pemohon atau penerima fail dan butir pengedaran. Biasanya sistem doket yang merupakan borang am89 dan 89A digunakan untuk tujuan pendaftaran pengedaran yang melibatkan jabatan-jabatan kerajaan yang berhubung dengan orang ramai.
Bagi sistem pengedaran fail disekolah ada dua sistem yang dilihat bersesuaian diamalkan dipejabat sekolah iiati sistem kad, sistem buku dan sistem komputer. Untuk penggunaan sistem kad, terdapat tiga perkara penting yang dicatatkan iaitu nombor rujukan, tajuk dan tarikh fail itu dibuka. Sistem ini merupakan sistem yang paling sesuai digunakan, mudah dilaksanakan dan mudah disimpan. Sistem buku juga mudah digunakan dengan menyediakan satu buku yang mengandungi senarai fail dihalaman depan buku dan beberapa ruang digaris yang mengandungi bilangan, nombor fail, tajuk, nama pegawai, tarikh pinjaman, tarikh dikembalikan dan tandatangan.

4. Pemeliharaan dan keselamatan fail.Fail-fail perlu dipelihara supaya kandungan di dalamnya tidak hilang, cicir, kebocoron maklumat atau koyak. Sekiranya koyak hendaklah diperbaiki. Selain itu, fail-fail hendaklah dipastikan selamat daripada hujan, banjir dan ancaman serangga. Untuk itu, pihak pengurusan perlu mengambil kira alat-alat yang sesuai untuk penyimpanan fail yang mana ia tidak mudah rosak, tidak mudah terbakar dan baik buatannya. Biasanya, fail-fail disimpan dalam kabinet yang diperbuat daripada logam. Jenis-jenis fail yang sesuai digunakan untuk cabinet tersebut ialah jenis fail berlipat nipis dan ditebukkan lubang ditepi sebelah kiri dan digunakan bersama tali fail.Ia sesuai Ini akan menjimatkan kos dan memerlukan ruang yang paling minimum. Sekiranya ia disimpan di rak-rak terbuka seperti rak-rak buku, kebiasaannya fail berkulit keras digunakan bagi memudahkan pencarian yang mana nombor rujukan ditulis ditulang belakang fail.

Pihak pengurusan perlulah memlihara keselamatan kandungan fail, Fail-fail hendaklah dipastikan peringkat keselamatan. Fail-fail keselamatan hendaklah diasingkan daripada fail-fail terbuka. Untuk itu ia perlu disimpan dibilik sulit, terkawal, selamat dan berkunci. Hanya pegawai yang diberi kuasa dan kebenaran sahaja dibenarkan untuk melihat fail-fail ini.

PENUTUP
Sebagai rumusan, sistem fail yang baik dan berkesan boleh dilihat apabila sesuatu rekod atau dokumen itu mudah diperolehi dengan segera apabila ia diperlukan. Selain menggunakan ruang dan kos yang paling minimum, ia juga hendaklah mudah difahami, tidak mengelirukan dan mudah dikendalikan walaupun oleh kakitangan yang baru. Selain itu, sifat sistem fail itu tidak rigid dan boleh diubahsuai samada dengan tujuan membesarkan atau mengecilkan sistem fail tersebut mengikut situasi, keperluan dan kehendak sesebuah organisasi. Penting bagi sesebuah organisasi itu memastikan tahap keselamatan fail daripada segala bentuk bencana alam, kebakaran, kekotoran dan usaha-usaha untuk mencerobohinya terutama fail-fail yang tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi. Segalanya boleh dicapai dengan memastikan lima perkara tadi iaitu pengelasan, pendaftaran dan penyelenggaraan, pengedaran, penyimpanan serta pemeliharaan dan keselamatan fail diberi perhatian sebaiknya.
RUJUKAN
1. Bahagian Pendidikan Guru, Modul KPLI mod LPBS, Gerak kerja ko-kurikulum, Modul ½ Pengurusan GERKO, Olahraga dan Permainan, (KPM: Bahagian Pendidikan Guru, 2004).
2. Etika Kerja Dalam Islam, (KL: Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, 1987).
3. Nota Persediaan dan Latihan, Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia.
4. Omardin Ashaari, Pengurusan Pejabat, (KL: Utusan Publications and Distributors Sdn, Bhd, 2002).
5. Omardin Ashaari, Siri Pengajian dan Pendidikan Utusan, Pengurusan Sekolah Suatu Panduan Lengkap, (KL: Utusan Publications and Distributors Sdn, Bhd, 1997).