MASALAH PEMBELAJARAN MENULIS JAWI  

Posted by: Suryati Md.Yasin in


MASALAH PEMBELAJARAN MENULIS JAWI YANG DIHADAPI OLEH MURID


a) Tulisan yang terlalu buruk sehingga sukar untuk dibaca atau tidak boleh dibaca langsung.

b) Mengubah bentuk huruf dengan menambahkan garis-garis tertentu pada huruf.Contoh: ذ ditambah ekor dihujung huruf tersebut menjadi ذ

c) Menulis dengan cara terbalik iaitu memulai dengan huruf terakhir ke huruf terawal, atau dari kiri ke kanan.Contoh: اعوذ .Murid menulis huruf ذ terlebih dahulu kemudian diikuti dengan huruf و عdan ا

d) Tulisan tanpa ketentuan dan ketetapan jarak huruf atau perkataan seperti menulis satu huruf dalam perkataan lebih jauh daripada huruf-huruf yang lain.Contoh: اعوذ ditulis اعو ذ


e) Tulisan tanpa ketetapan bentuk dan condong huruf seperti tulisan semakin lama semakin mengecil, atau semakin lama semakin membesar, atau terlalu condong ke bawah atau terlalu condong ke atas.Contoh:

f) Tulisan yang menaik dan menurun dan tidak selari dengan garisan yang ditentukan.Contoh:

g) Masalah boleh menyalin tetapi tidak boleh membantan suku kata.


PUNCA MASALAH PEMBELAJARAN YANG DIHADAPI OLEH MURID

Di antara beberapa faktor yang boleh menyebabkan kanak-kanak menghadapi kesukaran atau lemah dalam tulisan ialah:-

a) Faktor mental:-Kecederaan saraf motor pada otak akan menyebabkan gangguan fungsi motor seseorang. Kecederaan mungkin disebabkan oleh:-·

-Kesulitan-kesulitan yang dihadapi semasa lahir seperti kelahiran awal, atau
disebabkan anoxia atau hypoxia.
-Kemalangan atau terjatuh dari tempat yang tinggi..
-Penyakit yang boleh menyebabkan kerosakan pada saraf otak seperti sawan, atau
demam panas.

b) Gangguan penglihatan seperti:-· Masalah kabur penglihatan yang disebabkan oleh perubahan optik dan anatomi seperti astiqmatisme, miopia dan hyperopia.Ini boleh diatasi dengan memakai kanta optik atau kacamata.· ’Dysfunction binokular’ yang terdiri daripada pelbagai jenis antaranya:-a. Anisekonia: Ia mengakibatkan saiz yang dilihat oleh dua biji mata berbeza seperti mata kanan melihat sesuatu objek lebih besar berbanding mata kiri.b. ’Dysfunction acomodative’ : Berpunca daripada kedua kanta mata tidak dapat difokuskan.

c) Masalah keselarasan motor mata dan tangan.

d) Masalah-masalah yang berpunca dari gangguan emosi.

e) Kesukaran untuk menentukan dominan tangan.(mungkin kidal)

f) Kurang mendapat pengalaman-pengalaman pratulisan semasa di tadika, prasekolah atau didikan ibubapa. Pengalaman pratulisan seperti latihan menyambung titik-titik, menekap, mengikut acuan (stenselan), membuat garisan, membuat corak dan sebagainya.

CADANGAN AKTIVITI PEMULIHAN YANG SESUAIAktiviti-aktiviti pemulihan melalui dua peringkat pemulihan iaitu :-
Ø Pemulihan pratulisan (Persediaan)
Ø Pemulihan mekanis (Mendirikan asas).

Cadangan aktiviti-aktiviti pemulihan pratulisan
a) Melakukan latihan-latihan khusus bagi perkembangan otot-otot jari dan tangan seperti:--Senaman tangan dan jari-Memerah span-memasukkan air ke dalam botol-Menguli tanah liat-Mengoyak kertas-Menggunting kertas.-Memasukkan manik ke dalam tali-Menyusun blok dan bongkah mainan.-Menampal kolaj.-Membaling dan menangkap objek.

b) Latihan menguasai gerak tangan yang bebas seperti:--Cara duduk yang betul.-Menulis di awan.-Cara memegang pensil-aktiviti mengacau adunan kuih.-Latihan membuat garisan-garisan seperti lurus, lengkung, panjang, pendek tegak, condong dan sebagainya.-Latihan membuat bentuk asas seperti bulat, bujur, segiempat dan sebagainya.-Menekap huruf.-Mengikut acuan (stensel plate).-Mewarna.

c) Latihan-latihan pergerakan mata seperti:--Mengerling ke kiri dan ke kanan, atas dan bawah.-Mata mengikut arah yang ditunjuki oleh guru.

d) Aktiviti keselarasan (koordinasi) mata dan tangan seperti:--Menyambung garisan putus-putus lurus dan bengkok dari kanan ke kiri, atas ke bawah dan membentuk bulatan.-Mengecam bentuk huruf-Mewarnai huruf yang sama bentuk.-Membuat urutan-Melakar perjalanan arnab untuk menyelamatkan dirinya daripada dimakan ular.-Stensilan-Menggunting-Menekap


Cadangan aktiviti pemulihan mekanis (mendirikan asas)
a) Menekap dan menulis mengikut huruf yang ditekap.

b) Menulis huruf mengikut acuan-acuan huruf yang disediakan guru.

c) Melukis bentuk-bentuk yang mirip kepada bentuk-betuk huruf mengikut teknik yang betul seperti:--Melukis bentuk bulat mengikut arah pusingan jam.-Melukis garisan menegak dari atas ke bawah.-Melukis garis melintang dari kanan ke kiri.-Campuran garisan menegak dan melintang.

d) Melukis gambar-gambar yang mirip kepada bentuk huruf seperti:-
-Gambar tiang bendera bagi huruf ا
-Gambar mangkuk bagi huruf ب ت ث dan ن
-Gambar mata kail bagi huruf ل-Gambar itik bagi huruf ي
e) Latih tubi menulis huruf yang dicontohkan.f) Menyalin urutuan-urutan huruf yang bersambung menjadi sukukata terbuka dan tertutup, dan seterusnya menyalin perkataan dan ayat.

 

Posted by: Suryati Md.Yasin in

Dizaman nabi Musa a.s terdapat seorang hartawan dari kaum baginda.Dia adalah Qarun. Dia diuji Allah dengan kekayaan yang melimpah–ruah sehingga penjaga kuncinya tidak terdaya memikul kunci-kunci peti khazanahnya. Ini telah digambarkan oleh Allah dalam firman-Nya surah al-Qasas ayat 76
إِنَّ قَرُوْنَ كَانَ مِنْ قَوْمِ مُوْسَى فَبَغَى عَلَيْهِمْ وَءاَتَيْنَهُ مِنَ الْكُنُوْز مآإِنَّ مَفَاتِحهُ لَتَنُوأُ بِالْعُصْبَةِ أُولِىالْقُوَّةَِ
Maksudnya:Sesungguhnya Qarun adalah dari kaum nabi Musa kemudian dia aniaya kepada bangsanya.Telah kami berikan kepadanya dari berbagai jenis kekayaan sehingga anak-anak kunci gudangnya amat berat dipikul oleh sebilangan orang yang kuat sasa.

Qarun sombongnya tiada tandingan,
Nafsu serakah tiada tepian,
Ingin menambah harta kekayaan,
Nasihat dan peringatan tidak dihiraukan.
Rakan Qarun menasihatinya,“Tuan, janganlah tuan terlalu gembira benar dan bersuka ria serta sombong kerana kekayaan tuan itu. Sepatutnya tuan bersyukur atas pemberian Allah ini dengan membelanjakannya pada jalan Allah. Bukankah ramai fakir miskin dinegeri kita ini!”.Itulah antara butir-butir nasihat rakan-rakan Qarun yang diceritakan oleh Allah dalam firmannya surah al-Qasas ayat 76-77.Pengajaran: Sifat angkuh, sombong dan takbur adalah sifat yang tidak layak bagi manusia, kerana manusia adalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan Allah.

Qarun merasakan bahawa segala kekayaan yang diperolehinya itu bukanlah dari Allah atau sesiapa jua. Ia adalah dari ilmu yang ada padanya dan jerih-perih usaha yang dilakukannya sendiri. Semua itu adalah miliknya. Maka dia berhak menentukan samada ingin mengagihkan harta tersebut atau tidak.

Qarun dengan megah dan bongkaknya menepis segala nasihat yang diberikan oleh rakan-rakannya seperti firman Allah:
إِنَّمَآ أْوْتِيْتُهُ عَلَى عِلْمٍ عِنْدِى
Maksudnya: “Aku diberikan harta kekayaan ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku”.
"Hoi hoi ya hoi. Hoi hoi ya hoi aku sungguh gembira. Ho ho hoi ya aku orang kaya,.Wang berjuta… intan permata… hidupku mewah…wang berjuta. Ha ha ha. Hoi orang kampung sekalian! Akulah hartawan terkaya. Kalian mahu wang?. Oh, tidak! Ini adalah hasil kepandaian yang ada padaku huahhaahhh", Qarun ketawa berdekah-dekah.Pengajaran: Kejayaan seseorang itu pada asasnya adalah pemberian Allah. Usaha dan kepandaian hanyalah sebagai jalan ke arah kejayaan.
Akhirnya, suatu hari dia didatangi nabi Musa a.s.Nabi Musa utusan Allah,menyeru kebaikkan,langkahnya kemas penuh semangat,akhlaknya lembut sungguh memikat,tutur katanya lembut berhikmah,nabi Musa memulakan wadahnya.
"Wahai Qarun hartawan ternama, sesunnguhnya Allah telah mewahyukan perintah berzakat bagi tiap-tiap orang kaya”.Qarun menjawab, “Zakat?..Oh tidak! Ini hasil titik peluhku. Sewenang-wenang mereka ingin mengambil hartaku. Hai, Musa!.Aku telah membantu dan menyokong dalam dakwahmu kepada agama baru”.

Dengan sabar nabi Musa menerangkan bahawa setiap kekayaan itu ada bahagian orang lain yang telah ditentukan Allah iaitu orang-orang yang fakir miskin yang wajib diserahkan kepada mereka.“Mungkin Engkau ingin menguasai kekayaanku. Untuk satu permintaanmu ini tidak akan aku turuti. Engkau ingin mengambil hakku”, kata Qarun lagi dengan angkuhnya.

Tuduhan itu ditolak oleh nabi Musa dengan menegaskan perintah wajib berzakat. Setelah rasa ada kekalahan dalam perdebatan dengan nabi Musa akhirnya, Qarun menyerah lalu pulang untuk mengira bahagian kekayaan yang harus dizakatkan.“10…20…keeping emas…30….huh…banyaknya wang yang harus aku keluarkan…oo…tidak..tidak.Walau apapun terjadi aku tidak akan mengeluarkan zakat..”, ujar Qarun sambil mengira-ngira wangnya.Pengajaran: Seperti kata Ulama Yahya bin Muaz ar-Razi, “Mencari dunia itu merupakan kehinaan bagi diri. Mencari akhirat itu kemulian bagi diri. Maka, alangkah menghairankan, orang yang memilih kehinaan kerana mencari sesuatu yang akan lenyap, dan meninggalkan kemuliaan mencari sesuatu yang kekal”.
Fitnah disebar cerita dijaja,
Dakwah Musa helah semata,
Zakat adalah rampasan harta,
Oleh Musa terhadap pengikutnya.
Lebih dasyat lagi Qarun telah berpakat dengan seorang wanita agar mengaku dikhalayak ramai, bahawa dia telah berzina dengan nabi Musa. Namun Allah Maha Mengetahui lalu digerakkah hati wanita tersebut agar menerangkan perihal yang sebenar.
“Wahai penduduk semua, sesungguhnya nabi Musa tidak bersalah. Cerita aku berzina itu hanyalah rekaan Qarun. Dia Cuma ingin menarik perhatian kalian agar membenci Musa dan tidak mengendahkan kewajipan berzakat”. “Tidak,wanita itu berbohong!. Kamu jangan percaya pada katanya”,jerit Qarun menafikannya.Pengajaran: Sesungguhnya kemenangan akan berpihak pada yang benar.
Oleh kerana usaha Qarun yang tidak pernah puas melontar tuduhan dan mereka fitnah, maka hilanglah kesabaran nabi Musa lalu baginda berdoalah kepada Allah supaya diturunkan azab agar menjadi pengajaran kepada kaumnya yang sudah mula goyah iman dek disebabkan perasaan iri hati dan hasad dengki terhadap kemewahan Qarun.Lalu Allah pun mengeluarkan perintah “kun fayakun”, maka terjadilah tanah runtuh yang amat dasyat menenggelamkan gedung-gedung mewah Qarun dan mahligai tempat tinggalnya. Akhirnya tertimbuslah segala harta kekayaan yang dimegah-megahkan. Ini telah difirmankan oleh Allah dalam surah al-Qasas ayat 81.
Melihat azab Allah itu, orang-orang yang pada satu masa dahulu bercita-cita menginginkan kekayaan seperti Qarun mulai sedar dan insaf sambil berkata sebagaimana firman Allah dalam surah al-Qasas ayat 82.Pengajaran:Sesuatu yang pada zahirnya dilihat tidak baik, mungkin sebaliknya mengandungi hikmah yang besar iaitu Allah akan menurunkan azab kepada masyarakat yang tidak bersyukur lagi kufur.

HARGAI PANCAINDERA ANDA  

Posted by: Suryati Md.Yasin in

Teringat saya pada satu lagu yang dinyanyikan oleh pak pandir “ Ada mata pandang, ada telinga dengar, ada mulut diam, ada tangan garu ada kaki goyang”. Apa yang ingin saya katakan di sini, pentingnya deria dalam kehidupan kita. Allah menganugerahkan kita lima pancaindera iaitu deria bunyi, deria lihat, deria bau, deria rasa dan deria sentuh.
Dalam konteks saya sebagai guru, deria memainkan peranan penting bagi memudahkan kita menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan sempurna.Deria dengar misalnya membantu kita mendengar dan memahami apa yang ingin diperkatakan oleh murid. Selain itu, semua deria ini membantu guru memahami dan mengenali muridnya selain dapat berinteraksi dengan murid dan ibu-bapa dengan sempurna.Cuba kita bayangkan seorang yang buta mengajar kelas yang normal.Ia pasti memberi kesukaran kepada guru tersebut untuk mengawal kelas.Ini kerana murid-murid tahu guru tidak nampak apa yang mereka lakukan. Ia sama situasi ketika kita menulis di papan putih dan membelakangkan murid. Murid akan mula membuat bising atau bergerak aktif kerana mereka menyangkakan guru tidak nampak apa yang mereka buat.
Deria sentuhan amat penting sebagai komunikasi non verbal antara kita dan murid. Misalnya saya yang mengajar di tahun satu, saya banyak menggunakan deria ini untuk menunjukkan keprihatinan saya terhadap murid. Contohnya, saya menepuk-nepuk mesra belakang murid untuk menunjukkan penghargaan saya kepada mereka kerana dapat menjawab soalan yang dikemukan. Selain ucapan tahniah, sentuhan ini menguatkan lagi ucapan kita tadi. Dengan sentuhan saya dan murid melahirkan perasaan halus adanya ikatan rapat antara saya dan murid yang saya anggap seperti anak-anak saya sendiri.
Cuba kita menonton berita ditelevisyen tanpa membuka suara. Adakah kita faham apa yang ingin disampaikan oleh pemberita? Sudah pasti kita tidak faham dan tidak dapat membuat gambaran yang tepat dengan hanya melihat pada gambar-gambar bisu yang disiarkan. Begitu juga dari konteks saya sebagai pelajar. Saya memerlukan deria-deria ini untuk mendengar dan memahami apa yang ingin disampaikan oleh guru selain daripada menggunakannya untuk berkomunikasi dalam aktiviti-aktiviti berkumpulan.
Deria lihat pula digunakan untuk membaca ilmu yang ada di dalam bentuk catatan seperti buku-buku rujukan, nota-nota catatan, membuat-membuat latihan yang ditugaskan dan sebagainya. Manakala deria sentuhan pula lebih banyak membantu pelajar-pelajar yang buta. Contohnya pelajar buta dapat membaca buku yang mempunyai tulisan braile menggunakan deria sentuhan.
Selain daripada mempelajari bidang-bidang akademik, kita juga melalui proses belajar mengenai kehidupan. Maka deria-deria ini amat membantu kita dalam mempelajari aktiviti sosial dalam masyarakat, malah kita mampu mengenal keluarga kita melalui deria. Contohnya, bayi mengenali ibunya melalui deria bau.Kesimpulannya, kita hendaklah menggunakan anugerah yang Allah kurniakan ini ke jalan sebaik-baiknya.
Bayangkan kalau kita yang sudah biasa menjalani kehidupan normal dan sempurna dengan kelima-lima panca indera ini, dengan tiba-tiba satu hari Allah menguji kita dengan menarik salah-satu daripa deria ini, pastilah kehidupan kita bertambah sukar. Ibarat lirik dalam nasyid ini ” Buta mata tak nampak jalan di dunia kerana tidak nampak cahaya, tidak tahu ke mana hendak dituju, ke hilir atau ke hulu”.