AJK
AJK
MENINGKATKAN KUALITI SEBUTAN ‘RA’ DAN ‘GHO’ MURID TAHUN 4 SK IPG KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL PADA KALIMAH TERTENTU DALAM BACAAN SURAH AL-FATIHAH
SURYATI BINTI MD YASIN
NORLIZA BINTI ABD RASHID
ABSTRAK
Satu kajian tindakan yang dilaksanakan terhadap murid-murid Tahun 4 SK IPG Kampus Dato’ Razali Ismail. Murid-murid dipilih daripada Tahun 4 kerana kebanyakan daripada mereka telah menguasai bacaan al-Quran. Kajian ini bukanlah untuk membolehkan mereka membaca al-Quran tetapi objektif kajian ini lebih kepada meningkatkan kualiti sebutan (ra) dan (gho) dalam pembacaan al-Quran terutama dalam surah al-Fatihah. Huruf (ra) dan (gho) diberi perhatian kerana hasil pengalaman mengajar didapati kebanyakan murid sukar menyebut (ra) dan (gho) dengan tepat. Surah al-Fatihah dipilih kerana ia merupakan permulaan surah al-Quran dan ia juga merupakan rukun dan wajib dibaca di dalam solat dan dipelihara daripada melakukan kesalahan semasa membacanya. Kajian ini melibatkan 18 orang murid sebagai sampel daripada 59 populasi (murid tahun 4). Sampel diperolehi melalui ujian diagnostik. Ujian pra lisan dilaksanakan terhadap sampel untuk mengukur sejauh mana ketidaktepatan dalam menyebut huruf (ra) dan (gho). Kalimah yang diberi perhatian ialah ( رَبِّ ), ( غَيْرِ ), ( مَغْضُوبِ ). Ujian pasca dilakukan selepas 4 kali aktiviti peneguhan dan latihan iaitu “Panggi;l Ayam Makan”, “Menahan air di tengkuk sambil mendonggak” dan latih tubi menyebut. Dapatan kajian menunjukkan peningkatan 50% daripada sampel boleh menyebut huruf (ra) dengan tepat dan 100% sampel berjaya menguasai sebutan (gho) dan 100% sampel dapat menyebut kedua-dua huruf (ra) dan (gho) dengan tepat. Peningkatan ketepatan sampel menyebut (ra) dalam kalimah ( غَيْرِ ) juga dapat dilihat sebanyak 70% dan 50% bagi kalimah ( رَبِّ ). Ketepatan sampel menyebut (gho) dalam kalimah (مَغْضُوبِ ) juga meningkat sebanyak 66.6%. secara keseluruhan, kajian tindakan ini telah Berjaya meningkatkan kualiti sebutan (ra) dan (gho) dalam pembacaan al-Quran terutama dalam surah al-Fatihah. Oleh itu dicadangkan agar aktiviti atau kaedah yang digunakan dalam kajian tindakan ini digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi menyelesaikan masalah yang sama.
PENGENALAN
Kajian ini dilaksanakan terhadap murid-murid tahun 4 SK IPG Kampus Dato Razali Ismail. Murid-murid dipilih daripada tahun 4 kerana kebanyakan daripada mereka telah menguasai bacaan al-Qur’an. Kajian ini bukanlah untuk membolehkan mereka membaca al-Qur’an tetapi objektif kajian ini lebih kepada meningkatkan kualiti sebutan (ra) dan (gho) dalam pembacaan al-Qur’an terutama dalam surah al-Fatihah. Huruf (ra) dan (gho) diberi perhatian kerana hasil pengalaman mengajar, didapati kebanyakan murid sukar mnyebut (ra) dan (gho) dengan tepat.
Surah al-Fatihah dipilih kerana ia merupakan permulaan surah al-Qur’an dan ia juga merupakan rukun dan wajib dibaca di dalam solat. Oleh kerana itu, keseluruhan bacaan surah al-Fatihah wajib dipelihara daripada melakukan kesalahan semasa membaca kerana jika surah ini tidak dibaca dengan sempurna, maka akan cacatlah ibadat solat seseorang itu.
Method yang digunakan dalam kajian tindakan ini ialah pemerhatian, ujian pra dan post .Perlaksanaan kajian merangkumi tinjauan masalah, perlaksanaan program dan tindakan yang dijalankan.
* sekiranya berminat dan ingin berkongsi boleh lah e-mail pada suryati_yasin@yahoo.com. kajian sepenuhnya akan di emelkan..
Puji-pujian buat-Mu Tuhan
Lantaran telah menjadikan aku seorang perempuan
Dicipta dari tulang rusuk kiri Adam dengan seindah kejadian.
Akulah si tulang bengkok,
Yang Kau gubah dengan kekuatan perasaan mengatasi panjangnya akal fikiran
sebagai fitrah dan anugerah
hasil doa seorang lelaki
Namun biarlah kejadianku memberi guna, bengkok yang ada manfaatnya.
Kiranya aku menjadi seorang isteri,
Kurniakanlah kekuatan yang membolehkan aku
menjadi teman setia, penyejuk mata, pembina semangat, penguat jiwa,
seanggun peribadi Siti Khadijah, sumber ketenangan Muhammad
utusan Allah,
Bebas jiwa dari belenggu keperempuanan yang memiliki nafsu yang tidak terbilang,
merdeka daripada kepentingan peribadi,
setulus Fatimah yang sering ditinggalkan suaminya Saidina Ali,
Dihantar pemergiannya tanpa ditanya
bilakah pulang?
Disambut kepulangannya dengan khidmat,
bersulamkan kemesraan.
Jadikanlah rumahtanggaku syurga,
tempat suburnya cinta ketuhanan,
akal yang tunggal tidak hanya dibiarkan berlegar dicelahan periuk belanga,
dibilik lipatan pakaian anak-anak,
biarlah ia menjangkau kebangkitan Islam di alam sejagat,
menjadi pentadbir disebalik tabir.
Namun, siapalah aku,
untuk memiliki watak wanita solehah pendamping nabi,
dek berkaratnya mazmumah yang bersarang dihati,
maka, kurniakanlah aku sekeping hati yang sentiasa insaf,
Hak suami tidak dapat mungkin aku sempurnai,
biar telah kujilat nanahnya yang berlelehan,
biar telah kutadah wajahku untuk mengusap debu
ditelapak kaki.
Sememangnya aku mengimpikan
watak seorang ibu yang bakal melahirkan
putera-putera secekal Mus'ab bin Umair,
yang telah menggadai dunia demi kasih Tuhannya,
atau segigih Zubair Ibnu Awwaam,
yang diangkat oleh rasul sebagai 'hawarij'nya
hasil didikan ibunya setelah melalui zaman anak-anak yatim dan serba kekurangan.
Dan inginku memiliki puteri setabah dan seteguh Masyitah,
rela direbus demi mempertahankan iman,
atau sesuci Maryam yang seluruh hidupnya
mengabdikan dirinya pada Tuhan.
Mudah-mudahan zuriat-zuriatku dapat menampilkan
pejuang-pejuang dan srikandi-srikandi
yang memakmurkan bumi Allah dengan kesolehan
ramainya umat Muhammad
yang saling rela berkorban dan dikorban
demi menyemarakkan Islam diakhir zaman,
sepertimana kisah ibu yang telah kematian putera-puteranya dimedan jihad:
"Maka telah berbahagia sebagaimana aku bahagia.
Aduhai kiranya aku punya anak seorang lagi, aku rela dia turut gugur dijalan Illahi!"
Namun jika aku ditakdirkan akan kehilangan mereka,
tetapkanlah hatiku
setenang Ummu Faisal,
yang tidak menjadi kematian suami dan anak-anaknya
halangan untuk membulatkan kecintaan buat-Mu Tuhan
Redhailah aku yang dhaif sebagai hamba-Mu.
Inilah pengaduan harap dan munajat..
kiranya kekasihMu sendiri pernah bersabda:
"Kulihat kebanyakan dari isi neraka itu adalah wanita".
Tanpa petunjuk-Mu Tuhan,
selangkah yang mengiringiku ke SYURGA,
sederap diriku mencebur ke NERAKA.
KAEDAH P&P DALAM AL-QUR'AN : (KAEDAH 3- KAEDAH BAGHDADIAH)
Posted by: Suryati Md.Yasin in AL-QUR'ANKaedah ini dipercayai berasal daripada Iraq. Ia diasaskan oleh Abu Mansor Hafzul Fikri al-Baghdadiah pada tahun 376 hijrah. Ia kemudiannya di bawa ke tanah Melayu sejajar dengan kedatangan Islam ke negara ini. Ia merupakan teknik yang paling lama dan meluas digunakan di Malaysia sebelum kedatangan kaedah Iqra’. Muqaddam merupakan buku atau bahan asas yang digunakan dalam kaedah ini. Pengenalan huruf hijaiah, baris dan ejaan amat ditekankan di dalam kaedah ini. Murid-murid akan diajar mengeja menggunakan muqaddam seterusnya tajwid diperkenalkan menerusi surah-surah pendek di dalam al-qur’an. Murid-murid yang sudah boleh membaca, akan membaca al-Qur’an tanpa mengeja lagi.
Definisi
Kaedah ini dinamakan baghdadiah kerana ia berasal dari sebuah Bandar bernama
Cara perlaksanaannya
Pendekatan mengeja dan membunyikan bacaan digunakan di dalam kaedah ini. Murid-murid diperkenalkan dengan huruf-huruf hijaiah tunggal terlebih dahulu dengan cara menyebut huruf-huruf tersebut secara latih tubi. Kemudian mereka diajar dengan huruf hijaiah tunggal berbaris satu diatas diikuti dengan huruf hijaiah tunggal bercampur baris atas, bawah dan hadapan.
Huruf hijaiah berbaris dua diatas, dua dibawah dan dua dihadapan diajar selepas itu. Kemudian disusuli dengan huruf bertasydid yang disambung dengan huruf alif dan ya dengan cara mengeja dan membunyikan bacaan, Ini diikuti dengan mengeja kalimah yang ada huruf alif, wau dan ya bertanda mati dan bersambung dengan (كم) serta membunyikannya. Setelah itu murid diajar mengeja dan membunyikan kalimah-kalimah yang mempunyai baris dan tanda bacaan yang berlainan yang terdiri daripada dua, tiga atau lebih daripada empat suku kata dalam pelbagai bentuk bacaan panjang, pendek, dengung dan tidak dengung.
Apabila murid telah mahir, murid-murid diajar membaca dan menghafaz petikan-petikan ayat-ayat lazim tanpa perlu mengejanya lagi. Di dalam muqaddam, tajwid tidak diberi penekanan tetapi hanya menekankan kepada konsep bacaan yang betul.
Analisis kekuatan dan kelemahan.
KEKUATAN | KELEMAHAN |
Memudahkan murid mengenali sama sebahagian besar huruf-huruf jawi. | Pengenalan huruf alif hingga ya secara serentak meransang murid menghafaz huruf tanpa memahaminya. |
Kaedah yang baik untuk murid-murid yang terlampau lemah kerana ia menggunakan kaedah dari | Cara paparan pembelajaran yang menjemukan murid. |
. | Mengambil masa yang terlalu panjang.. |
ü Pengenalan ringkas kaedah Iqra.
Di zaman mutakhir ini pelbagai kaedah telah dicipta yang rata-ratanya menitikberatkan kecepatan dan kemahiran di dalam pengajaran dan pembelajaran al-Qur’an. Antaranya ialah kaedah Iqra’ yang merupakan kaedah yang paling masyhur di Asia Tenggara. Kaedah ini disusun di Indonesia oleh al-marhum Ustaz Hj.As’ad Humam (Pengarah Kumpulan Tadarus Angkatan Muda Masjid dan Musholla Yogyakarta) pada tahun 1988. Sebelum beliau menyusun kaedah ini, beliau telah beralih arah daripada kaedah baghdadiah kepada kaedah qiraati selama 3 tahun.Beliau telah menemui beberapa perkara dalam qiraati yang perlu diperbaiki untuk kepentingan para pelajarnya. Namun usulnya tidak mendapat sambutan pihak pengurusan Qiraati sehingga memaksa beliau menyusun semula dan muncullah kaedah yang diberi nama Iqra’.
Kemashurannya telah tersebar di seluruh asia tenggara termasuk di Malaysia pada tahun 1992. Kemudian ia telah dikembangkan dibeberapa buah sekolah di Malaysia selepas tempoh percubaannya selama lebih kurang 6 bulan. Seterusnya ia telah diguna pakai dan dijadikan antara kaedah utama di dalam pengajaran dan pembelajaran al-Qur’an di sekolah-sekolah rendah seluruh Negara.
ü Definisi
(Ghazali Darussalam, 2001), “Istilah Iqra, diambil daripada permulaan ayats surah al-‘alaq yang bermaksud bacaan. Kaedah Iqra’ bermaksud membaca al-Qur’an dengan cepat secara membunyikan terus huruf-huruf berbaris tanpa mengejanya mengikut resam Othmani”.
Melalui kaedah ini, murid-murid akan membaca terus huruf-huruf yang berbaris tanpa perlu mengejanya terlebih dahulu. Murid-murid juga tidak perlu mengenal istilah-istilah tajwid seperti izhar, iqlab dan lain-lain, Perkara paling penting yang ditekankan di dalam kaedah ini ialah murid-murid dapat menguasai bacaan dengan fasih dan betul.
ü Dalil kaedah Iqra’
Jika kita buka kembali lipatan sejarah methodologi penurunan al-Qur’an di mana ketika mula-mula wahyu diturunkan iaitu surah al-Alaq kita akan dapati Jibril mengajar Rasulullah dengan cara jibril membaca terus ayat dalam surah al-alaq tanpa mengeja huruf demi huruf. Ini membuktikan kaedah ini juga boleh digunapakai dalam pengajaran dan pembelajaran al-Qur’an.
ü Cara perlaksanaannya
BUKU IQRA’ 1
1.Membunyikan huruf tunggal berbaris atas tanpa perlu mengeja.
Cara mengajar:
*Guru hanya memberi contoh bacaan tanpa perlu menerangkan mengapa dibaca sedemikian.
*Guru menyemak seorang demi seorang
*Murid pandai membantu murid yang lemah.
BUKU IQRA’ 2
1.Mengenal huruf yang bersambung dan bacaan mad.
Cara mengajar:
*Guru memperdengarkan perbezaan bacaan huruf yang ada mad dengan bacaan huruf yang tiada mad.
BUKU IQRA’ 3
Isi pelajaran:
1.Bacaan mad (و) dan (ي)
2.Memperkenalkan bacaan yang berbaris atas (fathah), bacaan berbaris bawah (Kasrah), dan bacaan yang berbaris hadapan (Dhommah).
3.Perbezaan bunyi antara (ت) maftuhah dengan (ة) marbuthoh ketika berhenti (waqaf)
4.Memperkenalkan huruf ا bertanda mati (sukun).
Cara mengajar:
™ Sekiranya murid selalu memanjangkan bacaan yang sepatutnya dibaca pendek kerana mengingatkan huruf berikutnya maka bacaan bolehlah terputus-putus atau guru boleh menutup huruf berikutnya.
BUKU IQRA’ 4
Isi pelajaran;
1. Bacaan berbaris dua di atas, dua dibawah dan dua dihadapan.
2. Bacaan (نْ) dan (مْ).
3. Bacaan izhar halqi dan qalqolah.
Cara mengajar :
*Guru memperkenalkan nama-nama huruf dan baris.
*Guru memperdengarkan bacaan yang betul pada huruf yang ada tanda sukun.
*Guru membimbing bacaan izhar halqi dan qalqolah.
*Guru boleh membaca secara taranum untuk menambah minat murid-murid.
BUKU IQRA’ 5
1. Huruf-huruf yang dianggap tidak ada pada bacaan.
2. Cara waqaf huruf yang bertanuin.
3. Tanda syaddah (_ّ)pada huruf.
4. Bacaan tajwid secara idgham, ikhfak dan mad yang melebihi dua harkat
Cara mengajar:
*Murid digalakkan menghafaz ssurah al-mukminun ayat 1-11 pada muka surat 27.
*Sistem tadarus boleh diperkenalkan kepada murid yang sama taraf pencapaiannya.
*Guru hanya memperdengarkan bacaan bertajwid seperti idgham, ikhfak dan mad yang melebihi dua harkat dan tidak perlu memperkenalkan istilah-istilah tersebut. Murid dapat membacanya secara betul dan bertajwid itulah yang paling penting.
BUKU IQRA’ 6
Isi pelajaran:
1.Bacaan-bacaan dengung
2.Tanda-tanda berhenti (waqaf) dan cara bacaannya.
Cara mengajar :
*Murid masih terikat dengan panduan membaca iaitu « lambat asalkan betul ».
*Cara bacaan yang menyusahkan tidak digalakkan walaupun bacaan tartil.
Didalam kaedah iqra’, antara teknik-teknik bacaan yang terkandung didalamnya adalah seperti berikut :-
a)Teknik tarikah bi al-tadris iaitu guru membaca terlebih dahulu dan murid mengikut secara kelas.
b)Teknik ar-riyadhiah al-tikrar iaitu bacaan secara latih tubi.
c)Teknik al-tawasi’ bi al-maqasid iaitu teknik pengajaran beserta bahan bantu mengajara.
d)Teknik al-tariqah bi al-shautiyah iaitu membaca dengan sebutan dan intonasi dengan betul dan jelas.
e) Teknik takhqiq iaitu bacaan secara putus-putus.
f) Teknik jahar iaitu membaca dengan menyambung terus hurufke huruf dan ayat ke ayat.
g) Teknik tartil iaitu membaca secara lancar tetapi betul bacaannya.
h) Teknik tadwir iaitu membaca secara hafaz tanpa tersekat-sekat.
i) Teknik al-tariqah al-muqaranah iaitu banding beza bacaan dari segi sebutan dan bunyi,
j) Teknik al-tariqah bi al-riyadhiah al-asfal iaitu menyusun huruf dan ayat secara latih tubi tanpa hafazan.
k) Teknik al-tariqah min al-ma’ruf ila al-majhul iaitu mengenal huruf-huruf tunggal dahulu diikuti huruf-huruf yang bersambung.
l) Teknik al-tariqah min al-asfal ila al-‘ala iaitu membaca bacaan yang mudah terlebih dahulu diikuti bacaan yang sukar.
Setiap buku iqra’ disusun dimulai dengan barisan huruf, perkataan atau ayat sebagai pengenalan, manakala barisan tengah pula sebagai latihan. Bagi peneguhan, ujian atau penilaian disusun dibahagian akhir buku ini.
ü Analisis kekuatan dan kelemahan.
KEKUATAN
* Memahirkan muird-murid dengan bacaan al-Qur’an dalam tempoh yang singkat.
*Kaedah yang bersistematik, tersusun dan buku yang pelbagai warna menarik murid untuk membacanya.
*Bertepatan dengan matlamat KBSR
KELEMAHAN
*Mendatangkan kekeliruan murid apabila berhadapan dengan huruf jawi. Sebagai contoh: pada huruf jawi (ش) dibaca dengan sha (شَ). Ini kerana dalam kaedah iqra’ murid tidak diperkenalkan huruf.
*Tidak sesuai untuk murid yang terlampau lemah daya ingatannya.
*Sokongan, objektif dan tujuan yang disasarkan dalam pengajaran menurut kaedah ini tidak dinyatakan dengan jelas kepada guru dan murid.
ü Pengenalan ringkas kaedah talaqqi musyafahah
Ini jelas daripada peristiwa di gua hira’ ketika al-Qur’an mula-mula diturunkan kepada nabi Muhammad seperti yang diriwayatkan oleh bukhari. Dalam peristiwa itu Jibril membaca terlebih dahulu bacaan dan didengari oleh nabi Muhammad. Kemudian nabi Muhammad disuruh oleh jibril mengikut dan mengulang semula bacaan tersebut sama seperti apa yang dibaca oleh jibril.
ü Definisi
Talaqqi dari segi bahasa bermaksud pertemuan secara berhadapan atau bersemuka.Manakala dari segi istilah ia bermaksud pertemuan antara guru dan murid secara bersemuka. Guru memberi contoh bacaan dan murid mengikut bacaan guru.
Musyafahah dari segi bahasa ialah sebutan dari mulut ke mulut yang diambil daripada pergerakkan dua bibir. Manakala dari segi istilah ia bermaksud murid menerima pengajaran secara sebutan guru dengan melihat pergerakkan bibir guru dan menyebutnya.
ü Dalil Kaedah Talaqqi-Musyafahah
لاَتُحَرِّك بِهِ لِسَانَكَ لِتَعْجَلَ بِهِ {16} إِنَّ عَلَيْنَا جَمْعَهُ وَقُرْءَانَهُ {17} فَإِذَا قَرَأْنَهُ فَاتَّبِعْ قُرْءَانَهُ{18}
(سورة القيامة: ايات 16-18)
Maksudnya : “Janganlah engkau (Muhammad) menggerak-gerakkan lidahmu kerana hendak bersegera membaca dan menghafaznya (sebelum selesai jibril membacanya). Sesungguhnya kamilah yang berkuasa mengumpulkan al-Qur’an (ke dadamu) dan Kamilah yang menetapkan bacaannya (pada lidahmu). Oleh itu, apabila Kami telah selesai membacanya maka ikutlah bacaannya”.
وَقُرْءَانًا فَرَقْنَاهُ لِتَقْرَأَهُ عَلَى النَّاسِ عَلَى مُكْثٍ وَنَزَّلْنَاهُ تَنْزِيْلاً
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ قَالَ ِلأُبَيّ : إِنَّ اللهَ أَمَرَنِيْ أَنْ أَقْرَأَ عَلَيْكَ القرآن قَالَ أُبَي : آللهُ سَمَّانِيْ لَكَ قَالَ اللهُ سَمَّاكَ لِيْ فَجَعَلَ أُبَي يَبْكِي
رَوَاهُ البُخَارِي
Maksudnya : Daripada Anas Bin Malik bahawasanya Rasulullah s.a.w telah berkata kepada Ubay : “ Sesungguhnya Allah menyuruhku membacakan Al Quran padamu” Ubay berkata : ِAdakah Allah memilihku dan menyebut namaku disisimu?. Jawab Nabi: “Allah telah memilih dan menamakan kamu disisiku ” Maka Ubay pun menangis.
قال النَّبِيَّ : خُذُوْا القُرْآنَ مِنْ أَرْبَعَةٍ : مِنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ مَسْعُوْد وَسَالِمٍ وَمُعَاذِ وَأُبَيِّ بْنِ كَعْبٍ) رَوَاهُ البُخَارِي
ü Cara perlaksanaannya.
Sebelum
Murid akan duduk bersemuka dengan guru secara langsung dan bersemuka.
Semasa
Guru mula memperdengarkan bacaan al-Qur’an. Ketika itu murid-murid dikehendaki mendengar dan memerhatikan gerak bibir guru dalam melafazkan kalimah-kalimah tertentu. Selepas guru selesai menghabiskan bacaan, murid akan mengikut bacaan guru. Ketika itu guru mendengar bacaan murid dan membetulkannya jika terdapat kesilapan di dalam bacaan.
ü Analisis kekuatan dan kelemahan
KEKUATAN
· Murid dapat membaca dengan tepat dan betul dari segi makhraj dan tajwid mengikut bacaan guru.
· Isi pembelajaran tidak diragui akan kesahihannya.
· Meningkatkan keyakinan murid berhadapan dengan guru.
KELEMAHAN
· Pembelajaran lebih berpusatkan guru
· Murid menjadi pasif
· Kelemahan contoh bacaan guru akan menimbulkan kesan yang besar terhadap murid.