KAEDAH P&P DALAM AL-QUR'AN : (KAEDAH 3- KAEDAH BAGHDADIAH)  

Posted by: Suryati Md.Yasin in

Kaedah ini dipercayai berasal daripada Iraq. Ia diasaskan oleh Abu Mansor Hafzul Fikri al-Baghdadiah pada tahun 376 hijrah. Ia kemudiannya di bawa ke tanah Melayu sejajar dengan kedatangan Islam ke negara ini. Ia merupakan teknik yang paling lama dan meluas digunakan di Malaysia sebelum kedatangan kaedah Iqra’. Muqaddam merupakan buku atau bahan asas yang digunakan dalam kaedah ini. Pengenalan huruf hijaiah, baris dan ejaan amat ditekankan di dalam kaedah ini. Murid-murid akan diajar mengeja menggunakan muqaddam seterusnya tajwid diperkenalkan menerusi surah-surah pendek di dalam al-qur’an. Murid-murid yang sudah boleh membaca, akan membaca al-Qur’an tanpa mengeja lagi.

Definisi

Kaedah ini dinamakan baghdadiah kerana ia berasal dari sebuah Bandar bernama Baghdad di negara Iraq.

Cara perlaksanaannya

Pendekatan mengeja dan membunyikan bacaan digunakan di dalam kaedah ini. Murid-murid diperkenalkan dengan huruf-huruf hijaiah tunggal terlebih dahulu dengan cara menyebut huruf-huruf tersebut secara latih tubi. Kemudian mereka diajar dengan huruf hijaiah tunggal berbaris satu diatas diikuti dengan huruf hijaiah tunggal bercampur baris atas, bawah dan hadapan.


Huruf hijaiah berbaris dua diatas, dua dibawah dan dua dihadapan diajar selepas itu. Kemudian disusuli dengan huruf bertasydid yang disambung dengan huruf alif dan ya dengan cara mengeja dan membunyikan bacaan, Ini diikuti dengan mengeja kalimah yang ada huruf alif, wau dan ya bertanda mati dan bersambung dengan (كم) serta membunyikannya. Setelah itu murid diajar mengeja dan membunyikan kalimah-kalimah yang mempunyai baris dan tanda bacaan yang berlainan yang terdiri daripada dua, tiga atau lebih daripada empat suku kata dalam pelbagai bentuk bacaan panjang, pendek, dengung dan tidak dengung.


Apabila murid telah mahir, murid-murid diajar membaca dan menghafaz petikan-petikan ayat-ayat lazim tanpa perlu mengejanya lagi. Di dalam muqaddam, tajwid tidak diberi penekanan tetapi hanya menekankan kepada konsep bacaan yang betul.


Analisis kekuatan dan kelemahan.


KEKUATAN

KELEMAHAN

Memudahkan murid mengenali sama sebahagian besar huruf-huruf jawi.

Pengenalan huruf alif hingga ya secara serentak meransang murid menghafaz huruf tanpa memahaminya.

Kaedah yang baik untuk murid-murid yang terlampau lemah kerana ia menggunakan kaedah dari

Cara paparan pembelajaran yang menjemukan murid.

.

Mengambil masa yang terlalu panjang..

This entry was posted on Tuesday, December 01, 2009 and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments

Post a Comment